::kasih sayang::
Wahai hati yang sedang merindui,
apabila kita mencintai seseorang
sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai,
apabila kita telah menyayangi seseorang
sesungguhnya kita telah pun membenarkan diri untuk dibenci.
Apabila kita terlalu merindui seseorang
kita telah pun bersedia untuk dilupakan
meskipun amat terseksa tapi itulah hakikat hidup,
pengajaran yang perlu dirasai bila kasih tak berbalas.
Ada masanya kita tidak perlu lagi menoleh kebelakang
andainya sejarah silam hanya melukakan hati
namun ada ketikanya kita perlu mengingati biarpun terasa pedih
kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui.
Ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang yang lalu didepan mata,
ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki,
kerana selalunya hakikat hidup tak akan sama dengan kebetulan yang kadangkala tak disangka. Kadangkala apa yang kita inginkan tak akan sama dengan apa yang kita harapkan,
adakalanya apa yang kita harapkan
tak akan sama dengan apa yang kita impikan
kerana impian hanyalah illusi,
harapan hanyalah kemahuan yang cuba kita gapai,
sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti.
Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan,
bukan sekadar memiliki
tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup,
memberi kita kekuatan dan makna sesebuah perhubungan.




11 Comments:
At December 26, 2008 2:31 PM ,
CJ said...
adeh...
awat haaaa sejak akhir2 nih aku mudah tersentuh dgn kata2 puitis cam nih.
kekekekeke
At December 26, 2008 4:20 PM ,
AiRynnz said...
hihihi...cj dah makin jiwang sejak tgk aac ek :p
At December 26, 2008 5:14 PM ,
arsaili said...
salam..apa kabar..lamaaaaaaa nya tak ke mari
At December 30, 2008 7:43 PM ,
Cinta said...
This post has been removed by the author.
At January 3, 2009 11:30 AM ,
AiRynnz said...
SALAM...
ader masa dtg la ke mari :)
At January 3, 2009 10:40 PM ,
Abu Amirul said...
salam,
terasa ketenangan bila masuk blog airynnz, cantik,nyaman dan tentu orangnya juga...........:-)
teruskan berpuitis.
sudilah berkunjung ke blog saya juga, www.askamakalikada.blogspot.com, tapi tak secantik blo airynnz.
jgn lupa link kan dalam blog airynnz.
take care.
At January 4, 2009 6:41 PM ,
ღ~n0n0i~ღ said...
"Kadangkala apa yang kita inginkan tak akan sama dengan apa yang kita harapkan,
adakalanya apa yang kita harapkan
tak akan sama dengan apa yang kita impikan
kerana impian hanyalah illusi,
harapan hanyalah kemahuan yang cuba kita gapai,
sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti. "
*smiles*
yerpp..mmg betul pon.. huhu..
At January 7, 2009 12:07 PM ,
Acai said...
Slm rin yang comei,hehe..:) amboi2 rin dah nak kahwin ni makin jiwang je ayat2 kat sini,kekekeke *laariikkk..:P
At January 7, 2009 8:28 PM ,
Cinta said...
Salam,
Wah nak kahwin yer??tiba2 dengar bunyi kompang plak..hehehe
At January 9, 2009 2:23 PM ,
AiRynnz said...
abu amirul~terima kasih kerna sudi ke sini...datanglah lagi
nonoi~nape noi? ader yg x kene ker?
acai~salam acai...hahahah ye ker ek? bkn mmg dr dulu dah jiwang ker? hahahaha
cinta~insya Allah, nnti ryn bagi kad ye... ;)
At January 10, 2009 4:58 AM ,
S90 said...
salam..
you write very well..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home